Semalam staff ada pergi beli barang dekat kedai ECO , ini nak beli gift card untuk farewell staff. Staff pun request untuk resit seperti dibawah ini ……
Ini resit dari ECO , boleh scan QR resit dan berikan maklumat berikut
- Nama Syarikat
- Nombor Pendaftaran BRN Syarikat
- Nombor Cukai Pendapatan (TIN) number Syarikat
- Alamat Syarikat
- Nombor telefon
- Email syarikat atau staff (untuk terima e-invois)
Selepas isikan maklumat ini dalam masa seminit dua terus terima email dari kedai ECO
Mulakan dari sekarang , biasakan minta resit bila beli barang untuk bisnes. Maklumat kepada staff proses untuk dapatkan dokumen e-invois . Jika tiada e-Invois …nanti belanja ini akan jadi belanja tidak dibenarkan yang akan memberi impak kepada cukai pendapatan kena bayar .
Semoga perkongsian ini dapat membantu usahawan diluar sana
Jom ambil tahu pasal e-invois jika anda ingin tahu lebih lanjut boleh set appointment dengan team kami .
Terima kasih kerana membaca artikel ini