Cash flow dan Profit adalah 2 perkara yang berbeza tapi kedua-duanya adalah penting dalam pengurusan kewangan bisnes/syarikat
Aliran duit masuk duit keluar untuk transaksi operasi , pelaburan dan pinjaman. Duit diperlukan untuk jalankan perniagaan.
Ada 2 perkara perlu ingat mengenai cash flow
- Bisnes boleh jadi untung tapi duit cash tidak cukup
Jualan banyak tapi pelanggan berhutang banyak (jualan kredit ), 6 bulan masih tak bayar-bayar lagi . Ini tak masuk lagi buat jualan tapi tak buat invoice tak tahu jual kat siapa dan tak tahu nak kutip hutang dari siapa.Belian supplier nak COD je (cash on delivery) paling-paling lama dia bagi kita bayar lambat dalam 15-30 hari, itu pun bukan semua supplier nak bagi kredit terms .
Pastu kena fikir nak bayar gaji , bayar sewa , api air dan lain-lain belanja.
- Jualan kencang tapi ini tidak semestinya bisnes anda untung
Bila jualan kencang , nak kena bayar supplier pun banyak juga , jadi bila duit tak cukup and buat loan pastu nak kena bayar loan dan interest tinggi (belanja makin bertambah) dan bisnes boleh jadi rugi.
PROFIT (UNTUNG) – Income Statement
Pendapatan bersih (Net income) adalah segala jualan (pendapatan) tolak semua kos dan belanja . Adalah jelas pada prinsipnya bahawa bisnes tidak boleh bertahan lama melainkan ada untung, kadang-kadang perlu tahu apakah kos-kos jualan untuk menentukan harga jualan . Jika salah kira kos mungkin bisnes tidak untung dan duit semakin kurang ,silap-silap kena tutup kedai
Item-item Cash flow dan Profit
Sumber ; the balance small business