Sejak pandemik Covid19 melanda dunia sejak tahun 2019 ramai bisnes owner mengalami masalah cashflow , sampai ke tahap zero cashflow dan bisnes owner ini memiliki simpanan tunai yang sangat sedikit .
Bagaimana dengan bisnes anda ? Adakah bisnes ada cukup simpanan tunai (cash reserve) jika berhadapan dengan situasi untuk membayar satu belanja seperti nak bayar gaji pekerja semasa PKP (perintah kawalan pergerakan) ini? Jika jawapan anda tiada simpanan tunai , maka anda perlu beri sedikit kasih sayang untuk CASH RESERVE bisnes anda.
Cash reserve dalam bisnes akan bantu untuk menampung /membayar cos/belanja bisnes yang lebih besar , belanja-belanja yang diluar jangkaan contoh mesin rosak perlu dibaiki atau diganti , kena bayar cukai bisnes dan lain-lain. Belajar dan amibil tahu bagaimana simpanan Cash reserve ini boleh bantu untuk selesaikan pembayaran belanja/kos yang tidak dijangka

Apa itu cash reserve dalam bisnes?
Cash reserve adalah satu dana simpanan kecemasan dalam bisnes . Cash reserve boleh diguna untuk membayar belanja diluar jangkaan , belanja yang akan datang seperti tax fee , audit fee, cukai , bonus staff , dividen shareholder dan juga keperluan pelaburan dalam bisnes untuk kembangkan bisnes . Dengan adanya cash reserve ianya boleh mengelak bisnes dari membuat pinjaman atau penggunaan kad kredit yang berlebihan. Sebaiknya cash reserve ini disimpan dalam akaun bank yang khas untuk cash reserve dan tidak bercampur dengan akaun bank operasi.
Untuk mulakan simpanan cash reserve bukan akaun bank yang baru , yang terbaik ada 3 akaun bank untuk bisnes
- Akaun operasi ini adalah duit operasi hari , mingguan, bulanan . Duit yang cukup untuk bayar semua belanja dan hutang untuk 1 bulan)
- Akaun bank untuk simpanan dana kecemasan untuk belanja tetap (fixed expense) , installment loan serta belanja-belanja lain yang akan datang yang perlu dibayar pada hujung tahun penyediaan akaun.
- Akaun bank untuk tujuan pelaburan
Berapa jumlah simpanan yang perlu untuk cash reserve?
Sekarang sudah kenalpasti cash reserve ini untuk tujuan operasi , kecemasan , pelaburan , tapi berapa banyak yang perlu simpan untuk cash reserve ini?
Berapakah jumlah yang perlu disimpan?
- OPERASI – kenal pasti berapa jumlah breakeven bulanan bisnes. Berapakah jumlah minimum jualan sebulan . Bila dah tahu maka itulah minimum cash yang perlu ada dalam akaun operasi . Jika ada tanda-tanda jumlah itu berkurang maka perlulah ambil perhatian dan keputusan bagaimana untuk kawal belanja bisnes .
- SIMPANAN DANA KECEMASAN – bila dah kenal pasti breakeven , semestinya sudah tahu berapa belanja tetap (fixed expense) maka cash reserve yang diperlukan adalah 3 bulan ke 6 bulan jumlah belanja tetap (fixed expense) + loan intallment bulanan serta bayaran-bayaran yang perlu dibayar dihujung tahun seperti cukai, audit fee, tax fee , bonus staff /director, dividen shareholder .
- PELABURAN – samaada untuk beli aset seperti bangunan kilang, mesin yang ada bantu untuk naikan jualan dan untung syarikat. Ini biasanya adalah simpanan jangka masa panjang .
Bisnes owner perlu buat perancangan untuk setiap item tulis angka-angka yang boleh didapati dari Penyata Aliran tunai (Cash flow) dan Unjuran/Budget Aliran tunai (Cash flow)
Buat analisa penyata cash flow bulanan dan tahun sebelumnya untuk memahami trend duit masuk dan keluar dan menganalisa Jualan dan duit belanja/kos.
Dari analisa diatas ni buat unjuran aliran tunai yang lebih terperinci serta masukan semua item-item belanja operasi seperti sewa , gaji , utiliti, insurans , bil telefon (belanja tetap/fixed expense) setiap bulan . Tidak kira berapa banyak jualan bisnes sikit atau banyak belanja-belanja ini teatp perlu dibayar .
Cara untuk mula simpan cash reserve
5 Perkara ini perlu kenalpasti dahulu
- Kenal pasti breakeven bisnes (Formula : Fixed Expense / % Gross Margin = Minimum Revenue)
- Fixed expense bulan
- Untung Bisnes
- Zakat/Cukai yang nak dibayar (anggaran)
- Baki tunai dari Penyata Cashflow = Ada baki RM25,000

3 Cara untuk mulakan cash reserve
Cadangan ini adalah pendapat saya sendiri , jadi sebagai bisnes owner anda boleh buat keputusan untuk pilih yang mana sesuai dengan bisnes anda.
- Buat satu bajet cashflow
Tentukan jualan (breakeven ) , fixed expense dan kira baki tunai setiap bulan. Pecahkan baki tunai kepada 3 Operasi , Kecemasan , Pelaburan seperti dalam jadual dibawah

2. Buat Peratus Taksiran Anggaran
Tentukan peratus Kos/Belanja Operasi , Profit , Tax dan Owner’s Gain (Dividen / Gaji extra untuk Onwer) . Baki tunai yang ada darab dengan peratus yang telah ditentukan untuk dapatkan jumlah dana kecemasan dan adjust balik bila dah capai simpanan kecemasan 3 – 6 bulan, Untuk Profit boleh pecah 2 utk dana kecemasan dan pelaburan

3. Set KPI minimum berapa mesti simpan
Contoh simpan 1k . Bulan seterusnya ada lebih terus simpan untuk dana kecemasan . dah cukup 3 bulan dana kecemasan , split bulan seterusnya untuk dana kecemasan dan dana pelaburan

Semoga bisnes owner dapat pilih cara yang sesuai untuk bisnes masing-masing. Ini adalah berkongsian saya untuk bantu bisnes owner untuk mulakan cash reserve
Dari Pena Digital
Faridah Hanif
Financial Butler to Business Owners