Apa itu “Cash Reserve”?
Cash reserve adalah duit yang telah diketepikan untuk beberapa tujuan . Senang faham duit yang disimpan untuk tujuan – tujuan tertentu
Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan bahawa 75% daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1,000.
https://lobakmerah.com/75-rakyat-malaysia-tiada-simpanan-rm1000-susah-ke-nak-simpan-duit/
Keadaan ini adalah sangat membimbangkan , masih belum terlambat untuk kita mula menyimpan … mulakan dengan nilai yang kecil dahulu displin serta konsistent. In shaa Allah akan nampak hasilnya
Saya ingin kongsikan pengamalan saya sendiri untuk menyimpan duit yang saya belajar dari mak saya .
Saya lahir di Teluk Intan di satu ladang kelapa sawit , Ayah seorang sahaja yang bekerja mak saya surirumah membesarkan kami 4 orang adik beradik . Ketika saya di sekolah rendah saya sering nampak ada seorang lelaki akan datang naik motor setaip hujung bulan . kadang-kadang mak saya akan bagi RM10 kat saya untuk diserahkan kepada lelaki yang datang naik motor tu , lelaki tu ambil duit RM10 dan berikan resit . Resit itu adalah resit insurans untuk ayah saya .
Bila saya disekolah menengah mak saya akan bagi saya RM20 setiap bulan bersama satu buku akan bank dan minta saya pergi masukan duit dalam bank sebelum masuk sekolah . Duit itu adalah duit simpanan untuk saya yang mak saya simpankan.
Memandangkan mak saya seorang suri rumah dan kami tinggal di estet, di estet ini ada orang yang ingin beli kipas , periuk nasi ke mak saya akan bantu mereka untuk beli barang-barang tersebut dengan cara mereka bayar secara ansuran , cukup 10 bulan meraka akan dapat barang yang mereka perlukan . Mak saya juga mengambil upah jahit baju , jahit tepi untuk tambah pendapatan .
Dengan cara duit tambahan yang mak saya dapat mak saya simpan hinggalah beliau beli sebuah rumah , sediakan belanja pendidikan untuk kami semua adik beradik. Gaya hidup yang serderhana dan sediakan untuk kami makan minum yang mencukupi. Sebeluna sekali daptlah rasa maka satay ke pun dah bersyukur sangat .
Mak saya pandai menyimpan , dia rancang duit untuk keluarga dan bantu orang lain . Ini sesuatu saya belajar dari mak saya dan saya buat perkara yang sama untuk anak-anak dan keluarga saya .
Apa yang saya buat sekarang adalah setiap kali dapat gaji asingkan duit untuk simpanan , beri untuk mak dan ayah (walaupun jumlah yang kecil) , belanja sekolah anak-anak dan baki itulah yang diguna untuk belanja harian.
Tabiat baik , displin dan konsistent ini sangat penting untuk kita mula menyimpan dan kumpul cash reserve sebagai individu
Berikut adalah senarai “Cash reserve” yang perlu disimpan untuk individu contohnya
- Simpanan kecemasan – kereta rosak, renew insurance, mesin basuh rosak kena ganti .
- Simpanan untuk travel/reward diri /beli hadiah utk family dan sahabat
- Simpanan untuk bayar zakat / cukai /sedekah
- Simpanan untuk kesihatan
(4 item ini adalah simpanan jangkamasa setahun – perlu rancang dalam setahun berapa yang nak disimpan ) - Simpanan pelaburan (beli rumah , beli emas nie contoh)
- Simpanan pendidikan
- Simpanan perkahwinan
- Simpanan haji/umrah
- Simpanan hari tua
Item 5- 9 adalah simpanan untuk jangkasa masa lebih dari setahun . Untuk setiap item tulis berapa jumlah simpan yang diperlukan dan tulis berapa jangkasama untuk simpan , 1 tahun , 5 tahun , 10 tahun , 20 tahun dan sebagainya
Berapa jumlah yang perlu disimpan itu perlulah anda tulis dan buat perancangan. Berikut adalah contoh pembahagian sebagai panduan , anda boleh tentukan sendiri ikut kemampuan masing-masing , tapi ingat mesti ada simpanan.
Dari Pena Digital
Faridah Hanif
Financial Butler to Business Owners