Dalam situasi mana seseorang individu atau syarikat didenda oleh LHDN (Lembaga Hasil dalam Negeri)
Berikut adalah beberapa kenyataan media dari website LHDN
-
Bagi setiap pertuduhan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan
didapati telah secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai dengan membuat suatu penyataan atau kemasukan palsu pada Borang C tahun taksiran 2012 dan 2013 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.
Tertuduh menghadapi 2 pertuduhan di bawah Seksyen 114(1)(b) ACP 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00 atau boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari amaun cukai terkurang bagi kedua-dua tahun taksiran berkenaan yang keseluruhannya berjumlah RM755,636.50.
3.didapati telah secara sengaja dan dengan niat untuk mengelak cukai dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan sebagai doktor pakar sebanyak RM2,763,445.00 bagi tahun taksiran 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 114(1) (a) ACP 1967 .
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM1,000.00 dan tidak lebih dari RM20,000.00 atau penjara bagi suatu tempoh tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari amaun cukai terkurang yang keseluruhannya berjumlah sebanyak RM2,189,904.75.
4.
didapati gagal mengemukakan Borang C bagi Tahun Taksiran 2013 dan 2014 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.
Tertuduh menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 77A(1) dan Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200.00 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Tertuduh mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Tuan Mohd Amin Bin Shahul Hamid pada hari ini dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM 4,000.00 dan jika gagal bayar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan.
Mulai sekarang masih belum terlambat lagi untuk anda urus duit peribadi dan duit perniagaan anda.
4 Langkah mudah yang perlu buat
- Asingkan Duit
- Urus resit-resit dan inbois dokumen kewangan
- Rekod Duit Masuk dan Keluar
- Sediakan penyata kewangan anda
Nota: Dengar-dengan citer baru-baru (keluar dalam berita ) ini mulai tahun depan denda cukai adalah 100% . Nantikan artikel seterusnya mengenai isu ini.
#RIZQTR, #pengurusankewangandigital