Cukai Yang Perlu Dibayar Oleh Pemilik Syarikat

Anda seorang pengusaha syarikat? Atau anda bakal membuka syarikat sendiri?

Anda perlu mengambil tahu tentang cukai yang perlu anda langsaikan sebagai seorang pemilik syarikat. Barulah anda tidak akan dikejar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bukan itu sahaja, rekod anda juga bersih jika anda cakna tentang urusan cukai ini!

Untuk pengetahuan anda, semua individu yang berpendapatan di Malaysia wajib membayar cukai. Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pembayaran cukai. Tetapi, LHDN juga telah tetapkan beberapa syarat sebelum anda wajib membayar cukai mengikut Akta Percukaian 1967. Jadi, artikel kali ini teramat penting terutamanya buat anda, pemilik syarikat di Malaysia.

Kategori Cukai HASiL di Malaysia

Sebelum kita menyusuri cukai yang perlu dibayar oleh pemilik syarikat di Malaysia, jom kita kenali dahulu kategori cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN.

Cukai di bawah HASiL atau LHDN ini terbahagi kepada dua kategori cukai yang utama iaitu Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung.

Cukai Langsung adalah cukai yang dikenakan secara langsung ke atas pendapatan atau kekayaan individu atau industri perniagaan di bawah pengendalian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cukai yang termasuk di bawah cukai langsung adalah:

  • Cukai Pendapatan;
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah;
  • Cukai Perniagaan;
  • Cukai Petroleum;
  • Duti Setem;
  • Duti Harta Pusaka;

dan lain-lain sepertimana yang dipersetujui oleh pihak kerajaan dan LHDN sendiri.

Manakala, Cukai Tidak Langsung pula merujuk kepada cukai yang dikenakan ke atas barangan atau perkhidmatan yang diimport atau dijual di Malaysia seperti Cukai Jualan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (namun telah ditukar kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST dikuatkuasakan pada 1 September tahun 2018), Cukai Eksais dan juga Cukai Import.

Cukai Untuk Pemilik Syarikat: Cukai Korporat Malaysia

Cukai Korporat Malaysia atau LHDN Corporate Tax ini merupakan antara cukai yang wajib dan dikenakan ke atas badan korporat atau syarikat yang telah berdaftar di Malaysia seperti syarikat Sendirian Berhad dan Berhad. Kedua-kedua jenis syarikat ini merupakan mereka yang menerima hasil pendapatan di Malaysia dan luar Malaysia.

Namun, cukai ini hanya tertakluk berdasarkan keuntungan syarikat pada tahun taksiran. Tahun taksiran adalah tahun yang mengikut kalendar tahunan. Contohnya, Tahun Taksiran 2023 berakhir pada 31 Disember 2023. Pengiraan kadar cukai ini boleh dirujuk menerusi sistem Skim Taksiran Cukai (SAS) untuk lebih terperinci.

Kadar Cukai Korporat Tahun 2023

Kalau anda nak tahu, cukai korporat ini hanya untuk keuntungan bersih yang diperolehi syarikat yang menjalankan urusniaga. Anda boleh merujuk gambar di bawah ini untuk kadar cukai bagi Tahun Taksiran 2023 atau untuk lebih lengkap, anda boleh rujuk di laman sesawang LHDN.

Senarai Pelepasan Cukai Perniagaan

Sekiranya anda pemilik sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia sama ada perniagaan online atau offline, anda wajib membayar cukai korporat ini secara e-Filing (e-CP204) atau borang kertas sekiranya manual (CP204) kepada Lembaga Hasil dalam Negeri. Namun, bermula Tahun Taksiran 2018, semua anggaran cukai perlu dihantar melalui e-Filing (e-CP204) sahaja.

Anda tahu tak sebenarnya ada pelepasan cukai yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Berikut merupakan senarai pelepasan cukai 2023 berdasar Tahun Taksiran 2022:

  • Duit korporat digunakan oleh syarikat bertujuan membuka taska atau pusat asuhan kanak-kanak untuk pekerja yang mempunyai anak kecil
  • Pembayaran zakat perniagaan
  • Pembelian aset pejabat seperti kelengkapan pejabat, komputer, mesin dan lain-lain
  • Terdapat pekerja golongan kurang upaya, OKU

Jangan lupa ambil peluang dengan adanya pelepasan cukai ini!

Rekod Penting Untuk Urusan Cukai

Selain itu juga, untuk memudahkan urusan penyediaan akaun, pengauditan akaun serta memudahkan urusan semasa mengisi borang cukai, anda perlu menyimpan beberapa resit atau rekod penting untuk melaporkan cukai perniagaan. Perkara ini telah dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1957. Jadi, tiada alasan untuk anda sebagai pemilik syarikat untuk tidak menyimpan sebarang rekod transaksi perniagaan anda.

Di bawah ini kami senaraikan checklist rekod atau resit penting tersebut:

  1. Resit jualan dan belian syarikat
  2. Resit perbelanjaan
  3. Resit penghutang dan pemiutang
  4. Bil Tunai
  5. Cek
  6. Penyata Bank
  7. Baucer bayaran
  8. Sebarang dokumen yang berkaitan dengan urusan perniagaan anda

Cara Pembayaran Cukai Korporat

Tahu tak ada cara mudah untuk anda membayar cukai korporat ini? Ha, anda tak perlu lagi bersusah payah beratur semata-mata menyelesaikan cukai korporat. Kini, hanya dihujung jari.

Anda hanya perlu layari LHDNM ByrHASiL untuk pembayaran cukai korporat secara atas talian. Mudah, bukan?

Pengiraan Cukai Lebih Mudah dengan Starz Excellence

Kalau anda perlukan konsultansi tentang Cukai Korporat ini dan cara kiraan untuk syarikat anda, segera hubungi kami di Starz Excellence. Segala masalah berkaitan kewangan syarikat anda akan kami bantu dengan sepantas kilat!

Urusan cukai bukan lagi masalah dengan Starz Excellence!

Leave the first comment