1) INBOIS/BIL
-
Dokumen yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli memberitahu pembeli tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kepada pembekal.
-
Inbois disediakan dalam 3 salinan yang berbeza warna iaitu putih, kuning dan merah :
-1 salinan asal kepada pembeli.
– 2 salinan yang selebihnya digunakan oleh penjual sebagai rujukan
- Maklumat yang ada dalam inbois
- – Nombor invois.
- – Jumlah yang perlu dibayar.
- – Kadar diskaun niaga.
- – Tarikh invois.
- – Nombor pesanan.
- – Nama dan alamat penjual.
- – Nama dan alamat pembeli.
- – Syarat-syarat urusniaga seperti syarat pembayaran tunai atau kredit (berapa hari), maklumat penghantaran
2) RESIT
-
Resit ialah dokumen yang menunjukkan bukti pembayaran pembayaran telah diterima.
-
Resit hanya akan dikeluarkan apabila penerimaan tunai atau cek diperolehi
-
Resit disediakan dalam 2 salinan :
-
– Salinan asal kepada pembayar .
-
– Salinan karbon di simpan sebagai rujukan oleh penjual
-
3) NOTA DEBIT
- Nota Debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambahkan hutang pembeli kerana mungkin inbois yang dihantar terkurang catat.
- Nota Debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
- Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
3a) NOTA DEBIT DIHANTAR OLEH PEMBEKAL KEPADA PEMBELI BERTUJUAN UNTUK
-
Memberitahu bahawa sesuatu catatan debit telah dilakukan dalam akaunnya. Menambahkan hutang pembeli kepada pembekal mungkin disebabkan tersilap harga atau tertinggal item cukai dan lain-lain
- Membetulkan kesilapan di dalam inbois kerana pembeli telah dikenakan bayaran yang kurang daripada yang sepatutnya
-
4) NOTA KREDIT
- Nota Kredit merupakan dokumen yang dihantar untuk mengurangkan hutang pembeli.
- Dokumen ini akan dihantar apabila pembeli memulangkan bekas kosong, pembeli memulangkan barang kerana rosak atau silap jenama dan jika ada kesilapan dalam pengiraan inbois.
- Nota Kredit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
- Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
5) BAUCER PEMBAYARAN
- Baucar Pembayaran merupakan dokumen pengesahan perbelanjaan yang telah dibuat secara tunai , cek atau internet banking.
- Dokumen ini mengandungi maklumat seperti jumlah pembayaran, tujuan pembayaran, barangan yang dibeli, kuantiti, harga dan maklumat lain yang difikirkan perlu.
- Peniaga akan menyimpan dokumen salinan dan dokumen asal akan diberikan kepada penerima pembayaran.
- Dokumen ini perlu disahkan sebelum pembayaran dibuat dengan tandatangan penerima.
- Antara kegunaan baucar pembayaran ialah pembayaran gaji pekerja.