Ejen , Affiliate atau Individu Terima Insentif, Kena Cukai Atau Tidak?

Ejen MLM, Insurans , Hartanah , Affiliate atau Individu Terima Insentif, Kena Cukai Atau Tidak?
YA KENA CUKAI

Seringkali terjumpa posting-posting di media sosial cara salah satu cara pemasaran yang diguna adalah berkongsi mengenai jumlah pendapatan yang diterima oleh ejen untuk tujuan memberi semangat dan motivasi …. Ramai mata-mata yang memandang tau ..

Salah satu kewajipan syarikat MLM atau individu yang berniaga ini adalah untuk mengeluarkan borang CP58 kepada mereka yang menerima komisen dan juga manfaat lain yang diterima oleh ejen seperti nilai hadiah percutiaan dan sebagainya .

Apa itu Borang CP58?

Borang CP58 adalah borang yang digunakan untuk melaporkan bayaran komisen, royalti dan yuran kepada ejen, pengedar, atau pengagih. Borang ini diisi oleh pemilik perniagaan atau syarikat yang membuat pembayaran kepada pihak ketiga untuk perkhidmatan yang telah diterima. Laporan ini perlu dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia sebagai satu langkah pematuhan cukai yang berkaitan dengan Seksyen 83A Akta Cukai Pendapatan 1967.

Maksud ejen, pengedar atau pengagih adalah mana-mana orang yang dilantik secara bertulis atau lisan, dan syarikat pembayar membuat bayaran insentif kepada ejen, pengedar atau pengagih atas jualan produk / perkhidmatan yang dilakukan bagi pihak syarikat pembayar.

Jenis Bayaran Insentif yang perlu dilaporkan dalam borang CP58 adalah

1) Nilai insentif berbentuk wang tunai

(a) Komisen / bonus Bayaran berdasarkan kepada pencapaian prestasi jualan produk atau perkhidmatan oleh ejen, pengedar atau pengagih, sama ada yang ditetapkan di dalam kontrak ataupun tidak.

(b) Lain-lain / Others (Sila nyatakan / Please specify) Bayaran tunai selain daripada komisen / bonus seperti insentif, subsidi, diskaun, baucar tunai, baucar bayaran, cek, interbank Giro (IBG), kredit prabayar, E-money, ansuran tunai ke atas insentif yang diterima dalam bentuk barangan seperti kenderaan, rumah, perabot dan komputer; serta dalam bentuk bayaran seperti sewa, rebat, bayaran bil-bil utiliti dan seumpamanya yang diterima berdasarkan pencapaian prestasi jualan produk atau perkhidmatan oleh ejen, pengedar atau pengagih.

2) Nilai insentif berbentuk bukan wang tunai

(a) Kenderaan / Vehicle Nilai / amaun sebenar yang dibelanjakan oleh syarikat pembayar semasa kenderaan diterima oleh ejen, pengedar atau pengagih

(b) Rumah / House Nilai / amaun sebenar yang dibelanjakan oleh syarikat pembayar semasa rumah diterima oleh ejen, pengedar atau pengagih. (Rumah adalah merujuk kepada rumah kediaman seperti banglo, rumah berkembar, rumah teres, kondominium, rumah pangsa, pangsapuri, pangsapuri perkhidmatan, rumah kedai dan bangunan-bangunan lain).

c) Pakej pelancongan / perjalanan / travel package
(i) Nilai pakej penuh yang terdiri daripada tiket perjalanan, penginapan, ground tour, makanan dan minuman;
(ii) Nilai bagi –
 tiket perjalanan;
 penginapan;
 ground tour;
 makanan dan minuman;
 mana-mana kombinasi insentif di atas.

(d) Lain-lain (Sila nyatakan) Bayaran berbentuk bukan wang tunai selain daripada (a), (b) dan (c) yang diterima berdasarkan pencapaian prestasi jualan produk atau perkhidmatan oleh ejen, pengedar atau pengagih.

3) Pengiraan Potongan Cukai 2% dikenakan (Witholding Tax )

(a) Potongan cukai 2% dikenakan dalam tahun semasa kepada ejen, pengedar atau pengagih yang menerima bayaran daripada syarikat pembayar yang melebihi nilai ambang dalam tahun sebelumnya.

(b) Nilai ambang adalah ditetapkan pada amaun RM100,000 meliputi jumlah bayaran tunai dan bukan tunai yang diterima dalam tahun sebelumnya.

(c) Contoh: Ejen A menerima komisen (tunai dan bukan tunai) berjumlah RM 190,000 dalam tahun 2021. Komisen yang diterima oleh Ejen A dalam tahun 2022 berjumlah RM90,000 iaitu tunai RM50,000 dan bukan tunai RM40,000.

Layanan cukai :
Komisen diterima dalam tahun 2023 berjumlah RM190,000 (melebihi nilai ambang RM100,000) maka bagi tahun 2024, komisen (tunai) yang diterima perlu dikenakan potongan cukai 2%.
Pengiraan Potongan Cukai 2% dikenakan tahun 2022: RM50,000 x 2% = RM1,000

Panduan untuk isi borang CP58

1) Isi Maklumat Pemilik Perniagaan atau Syarikat:
Nama dan alamat penuh pemilik perniagaan atau syarikat.
Nombor pendaftaran cukai syarikat atau individu.

2) Isi Maklumat Penerima Bayaran:
Nama dan alamat penerima bayaran (ejen, pengedar, atau pengagih).
Nombor pendaftaran cukai penerima bayaran (jika berkaitan).

3) Nyatakan Jenis Pendapatan:
Pilih jenis pendapatan yang dibayar, iaitu komisen, royalti, atau yuran.

4) Isi Butiran Bayaran:
Nyatakan jumlah bayaran yang dibuat kepada penerima.
Tandakan bahawa bayaran tersebut adalah bersih atau selepas potongan cukai.

5) Nyatakan Tarikh Pembayaran:
Tetapkan tarikh sebenar bayaran tersebut dibuat.

6) Isi Tandatangan:
Tandatangan pemilik perniagaan atau wakil sah yang memastikan kebenaran maklumat yang disediakan.7

7) Hantar ke LHDN:
Pastikan borang CP58 yang diisi dengan betul dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

8) Simpan Salinan Untuk Rekod:
Simpan salinan borang CP58 yang dihantar sebagai rekod peribadi atau perakaunan syarikat.
Penting untuk memastikan bahawa semua maklumat yang diperlukan diisi dengan tepat dan lengkap. Kegagalan melaporkan bayaran yang sepatutnya dapat mengakibatkan tindakan undang-undang dan penalti. Jika terdapat ketidakpastian, disarankan untuk mendapatkan nasihat dari profesional cukai atau perakaunan.

Ejen, pengedar atau pengagih hendaklah melaporkan semua bayaran insentif yang diterima di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan masing-masing.

Kini sekarang Jan 2024 , Ejen dan individu yang berkenaan sila minta borang CP58 dari pemilik perniagaan atau syarikat yang membuat pembayaran kepada yang menerima bayaran insentif ini.

Contoh Borang CP58

Pemilik perniagaan atau syarikat adalah menjadi tanggungjawab mereka mengeluarkan borang CP58 ,

Pemilik perniagaan atau syarikat pembayar hendaklah mengisi dan menyediakan Borang CP58 untuk semua penerima insentif. Syarikat pembayar hanya perlu menyerahkan borang CP 58 kepada penerima insentif yang melebihi RM5,000 setahun. 

Namun, penerima yang menerima insentif kurang daripada RM5,000, Pemilik perniagaan atau syarikat pembayar perlu mengeluarkan borang jika diminta oleh penerima tersebut sahaja.

Pemilik perniagaan atau syarikat pembayar perlu menyerahkan borang tersebut kepada penerima insentif selewat- lewatnya 31 Mac setiap tahun. Borang ini tidak perlu di serahkan kepada LHDN tapi perlu disimpan rapi oleh syarikat pembayar dan penerima selama 7 tahun.

Jika pemilik perniagaan atau syarikat tidak tahu mengenai Borang CP58 rujuk kepada yang tax agen , LHDN atau Starz Excellence.

Starz Excellence juga menawarkan perkhidmatan seperti:

  • seminar dan bengkel perniagaan dan kewangan;
  • sesi konsultansi individu; dan
  • servis kewangan 

Jom segera hubungi kami di Starz Excellence!

Leave the first comment