Kenapa nak elak bayar cukai? Kebiasaannya bila individu nak buat pinjaman nak beli rumah atau untuk tujuan perniagaan individu tersebut gagal untuk mendapatan kelulusan pinjaman walaupun duit banyak dan mampu untuk bayar bulan-bulan.
Pernah berlaku kepada sahabat saya beliau nak beli rumah tapi loan tak lulus sebab tiada rekod cukai , daftar cukai pun tiada. Bila kita daftar cukai ianya merupakan satu bonus point menunjukan kita ada duit lebih dan mampu urus kewangan dengan baik
Jika ada perniagaan pun sama , nak beli asset terutama bangunan komersial atau kilang , kalau tiada rekod kewangan yang baik bagaimana nak kira jumlah keuntungan dan jumlah cukai yang perlu di bayar. Pada pendapat saya undang-undang cukai ini ada baiknya juga sebab ianya akan displinkan individu agar simpan semua rekod kewangan dengan baik .
Tahukan anda jika anda simpan semua resit belanja dan rekod dengan betul ada kemungkinan jumlah cukai yang perlu bayar adalah lebih rendah dari yang anda sangkakan
LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah berkata langkah itu bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai semasa dan membendung aktiviti pelarian cukai.
Ujar beliau, tindakan tegas itu akan diambil LHDNM khususnya ke atas golongan pengelak cukai tegar.
“Mereka ini sebenarnya telah diberi peluang untuk membayar cukai tertunggak secara ansuran walaupun setelah pelbagai kali peringatan diberikan, mereka masih gagal buat seperti yang telah dipersetujui antara mereka dan LHDNM.
“Jadi pada tahun hadapan, LHDN bercadang untuk menyenaraikan pembayar cukai tegar ini kepada CCRIS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran operasi khas bersepadu “Task Force 2 Bilion” (TF2B 2017) di ibu pejabat LHDNM, di sini, hari ini.
Ditanya pemberita sama ada langkah itu dilihat sebagai ‘keterlaluan’, ujarnya, LHDN terpaksa menggunakan pendekatan itu ekoran pembayar cukai telah diberi banyak peluang untuk melangsaikan cukai yang tertunggak.
“Ini tidak bermakna LHDNM menyusahkan mereka sebab sebelum kita senaraikan mereka ini, kita telah memberi mereka peluang untuk membayar secara ansuran.”
“Tindakan ini adalah perlu untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai yang lain yang patuh kepada peraturan bayaran yang telah kita berikan kepada semua pihak yang memerlukan pembayaran secara ansuran, sekiranya mereka mempunyai masalah kewangan,” katanya.
Akibat daripada tersenarai dalam CCRIS, ia akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman.
Ini bermakna mereka yang tersenarai akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit.
Buat masa ini, mana-mana pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan diberikan, akan dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara di bawah peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.