
REPORT CARD sering kita kaitan dengan keputusan peperiksaan anak sewaktu mereka disekolah . Bagaimana keputusan anak , cemerlang , lulus atau gagal . Bagaimana kelakuan , kehadiran , komunikasi serta kerja kumpulan (teamwork) . Jika lulus dengan cemerlang sebagai ayah dan ibu akan bagi reward kepada anak, jika sebaliknya ayah dan ibu akan menasihati …. . Masa saya darjah 5 saya dapat tempat pertama , darjah 6 masuk kelas A dan perlu bersaing dengan murid-murid yang pandai …… akhirnya keputusan akhir tahun saya dapat tempat pertama dari bawah sekali …. hahahah.
REPORT CARD BISNES
Bisnes owner yang berniaga pun ada REPORT CARD BISNES, nak tahu lulus atau gagal mesti kena ada 4 REPORT CARD BISNES ini, nak tahu lulus tahap gred mana pun boleh tahu dengan 4 REPORT CARD BISNES ini.
– Maklumat yang ada dalam report card bisnes adalah alat bagi external party guna untuk buat analisa tentang kekuatan kewangan bisnes dan memberi gambaran pantas mengenai kesihatan kewangan bisnes anda Ianya juga membantu jika bisnes owner nak kembangkan bisnes. Kalau berniaga main-main dan tidak pedulikan REPORT CARD bisnes , bisnes boleh gagal, bisnes boleh mati.
Sebagai bisnes owner, MESTI ambil tahu apa 4 REPORT CARD ini – Tak tahu buat takper janji faham dan ambil tahu.
1) PUR – Penyata Untung Rugi
- PUR mengukur tahap profitability bisnes – Penyata Untung Rugi (Yearly)
ada 3 part untung/rugi yang usahwan perlu ambil tahu
- Untung Kasar – Jualan , Kos Jualan , Gross Profit (bisnes owner perlu tahu berapa untung kasar bisnes)
- Untung/rugi sebelum cukai = (Untung Kasar – Belanja Operasi – Belanja Gaji , Belanja bukan gaji – Marketing , Admin (sewa utilities , fee accounting, consulting fee, tax fee, stationery , maintenance office etc, depreciation)
- Untung/Rugi Selepas Cukai (Untung bersih) = Untung sebelum cukai – tolak cukai
2) PKK – Penyata Kunci Kira-Kira
ii) PKK – Penyata Kunci Kira-Kira membongkarkan rahsia posisi kewangan syarikat , kunci kira-kira syarikat memberi informasi NILAI syarikat 3 Komponen
- Aset
- Liabiliti (hutang/tanggungan)
- Ekuiti
3) PAT – Penyata Aliran Tunai
PAT – Penyata aliran tunai (Cash Flow) membongkarkan rahsia semua aliran masuk dan aliran keluar tunai dalam satu tempoh perakaunan (yearly)terbahagi kpd 3 aktiviti
- Aktiviti Operasi
- Aktiviti Pelaburan
- Aktiviti Financing
4) PAB – Penyata Akaun Bank
Simpan PAB – Penyata Akaun Bank dalam bentuk PDF dan juga salinan nyata (hardcopy)
Antara 4 report card ini , 2 report card yang mana paling banyak ada banyak maklumat bisnes PUR & PKK report card mana yang paling penting , ini bergantung siapa yang perlukan report ni contoh
1 ) Pada pandangan auditor : PKKK – ada maklumat nilai bisnes (aset , hutang , ekuiti)
2 ) Pada pandangan pelabur : Melihat dari sudut cashflow – dia dpt lihat bagaimana duit bisnes digunakan , utk aktiviti operasi , pelaburan, financing
3 ) Pada pandangan lawyer – jika ada kes yang melibatkan lawyer – PKKK adalah report pertama yang diperlukan , sbb nak tgk cukup tak asset , banyak mana hutang
4 ) Pada pandangan management – pengurusan lebih menganalisa profitability bisnes dan akan merujuk kepada Penyata untung rugi dan analisa ini adalah details serta mereka juga perlu tahu kedudukan PKK , aset cash ckup ke, hutang customer yg tak kutip kagi banyak ke . Inventory tak jual ni kenapa tinggi sangat. Hutang supplier ni perlu rancang nak bayar bila . Modal dan untung rugi terkumpul ni adakah lebih dari cash yang ada .
Item 1-3 lebih ke external party yang perlukan maklumat untuk buat keputusan untuk buat due dilligence jika nak jual bisnes , ada kes dgn lawyer .
Item 4 adalah lebih kepada maklumat bagi pihak management untuk bedah siasat / analisa mengenai untung/rugi bisnes, buat perancangan masa depan , forecast cashflow , tax planning . Sgt penting untuk buat management account on monthly basis
Dari Pena Digital
Faridah Hanif
Financial Butler to Business Owner