Jika kita berniaga, salah satu perkara penting adalah pengurusan kewangan yang baik. Pengurusan kewangan yang baik akan bantu bukan sekadar untuk tahu jualan dan untung perniagaan , ianya juga akan bantu untuk mengira cukai yang perlu di bayar. Sebagai pengarah syarikat and perlu ambil tahu mengenai kewangan syarikat/perniagaan anda
Laporan audit: 128,165 individu gagal bayar cukai
sumber gambar : http://www.freemalaysiatoday.com/
Pengauditan meliputi tindakan sekatan perjalanan ke luar negara merangkumi kes CP (Akta Cukai Pendapatan) dan CKHT (Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah).
PETALING JAYA: Seramai 128,165 individu termasuk pengarah syarikat disenaraihitamkan dan dilarang ke luar negara kerana gagal menjelaskan bayaran cukai pendapatan berjumlah RM3.4 bilion sehingga Jun 2016.
Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 melaporkan, daripada jumlah pembayar yang ingkar itu, sebanyak 118,433 dikenakan tindakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 manakala 9,732 lagi di bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
“Pengauditan ini meliputi tindakan sekatan perjalanan ke luar negara merangkumi kes CP (Cukai Pendapatan). Senarai kes yang dikemas kini sehingga 31 Disember 2015.
“Kes CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) senarai kes yang didaftarkan bagi tempoh 2013 hingga 30 Jun 2015 dan pengauditan ini dijalankan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dipilih di seluruh negara,” katanya.
Sementara itu, bilangan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut Akta CP 1967 menunjukkan 3 negeri terbanyak iaitu Sabah, Sarawak dan Selangor.
“Di Sabah, 740 individu disekat. Manakala, di Sarawak sebanyak 500 dan Selangor 452 individu disekat,” katanya.
Manakala, bilangan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut Akta CKHT 1976 menunjukkan 3 negeri terbanyak iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Perak.
“Di Pulau Pinang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 150 individu disekat. Manakala di Kuala Lumpur sebanyak 125 individu dan di Perak 124 individu disekat ke luar negara,” katanya.
Petikan dari http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/21/laporan-audit-128165-individu-gagal-bayar-cukai/
=========
2016 semakin sampai ke hujung , jika anda belum mula buat pengurusan kewangan anda masih belum terlambat anda boleh mula dari sekarang
Faridah Hanif
Bilik Kira-Kira Bisnes