Berapa gaji staff anda sekarang? Jika dah capai gaji minimum 1,500 tiada apa masalah kan….
Tapi jika masih di tahap 1,200 , mulai May 2022 ini akan ada impak kepada cashflow bisnes
Jadual di atas menunjukan akan berlaku kenaikan belanja sebanyak 25% ( RM345 sebulan untuk seorang staff , setahun RM4,140)
Jika ada 5 staff
kenaikan belanja = RM345 x 5 = RM1,745 sebulan
Setahun belanja naik RM20,940 ( Banyak atau sikit ni?)
Persoalan macam mana nak cover belanja tambahan ini?
Ada 9 perkara yang perlu buat
- Naikan jualan at least untuk cover kenaikan belanja
- Buat analisa penyata untung rugi secara bulanan untuk tahu apakah kos dan belanja dalam bisnes dan kenal pasti mana belanja/kos yang boleh di kawal dan yang tidak boleh dikawal.
- Kenalpasti berapa fixed expense sebulan ( ada sales atau takde sale tetap kena bayar macam sewa , gaji , utilities)
- Buat monthly financial forecast untuk cashflow dan juga penyata untung rugi . Jika ada buat pinjaman bank jangan lupa untuk masukan sekali dalam forecast
- Kenalpasti berapa peratus untung kasar
- Kenalpasti berapakan jumlah jualan minimum yang perlu ada untuk cover montly fixed expense erti kata lain untung/rugi = 0 ( breakeven sales)
- Monitor jualan setiap hari dengan target jualan yang telah ditetapkan ( Daily Sales Tracking) kalau hijau ok , kalau merah kena buat sesuatu untuk turn to black
- Monitor juga cashflow setiap hari , pastikan baki cash tidak berkurang . jika net cast monthly negative , perlu fikirkan bagaimana nak jadikan positive semula
- Minta nasihat atau pendapat dari mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan bisnes
Ini adalah pendapat saya . Semoga cadangan ini dapat bantu anda yang membaca ini untuk buat keputusan yang terbaik dan berkualiti untuk bisnes anda .
Pena digital – Faridah Hanif Francis