Setiap peniaga baru mula akan buat semua kerja sendiri (Chief Everything Office- Bak kata Tuan Yuremi seribu hari sumpahan journey of a new busniess owner)
Semakin maju bisnes pastinya perlu ambil team (staff) untuk maju kehadapan dan memberangsangkan kitaran ekonomi dalam sesebuah negara .
Bila ambil staff beberapa perkara yang perlu diambil kira adalah apakah tugas (job description ) , qualifications, attitude (willing to learn, work under minimum supervision, willing to offer assistance to other team member , salary yang dioffer (allocation untuk new / replace staff ) dan lain-lain lagi
Sejak May 2022 kerajaan telah tentukan gaji minimum RM 1,500 dan caruman KWSP juga is back to normal from 9% to 11% ( effective Jul 22 punya gaji )
Bagaimana bisnes owner buat pengiraan gaji ?
- Buat pengiraan secara manual guna excel
- Guna sistem payroll (ada banyak sistem yang ada payroll pilih sistem yang mana sesuai dan ikut bajet dengan bisnes )
- Outsource kat mereka yang offer service kira gaji
Tak kira apa cara pun anda kira gaji staff semua ada 4 perkara yang perlu dipastikan adalah
- Jadual gaji yang ada maklumat gaji kasar. Elaun , OT, komisen, bonus , caruman pekerja dan majikan (KWSP/EIS/SOCSO,PCB, zakat , HRDF jumlah gaji bersih yg dibayar kepada staff
- Jumlah Gaji yang perlu bayar (Nett Salary Payable ) = Duit keluar dari bank
- Jumlah Caruman KWSP / EIS / SOCSO = Duit keluar bila buat bayaran ( kadang-kadang berlaku situasi dalam jadual gaji jumlah lain dan duit yang dibayar lain – jenuh nak trace balik kenapalah lain)
- Jumlah Gaji Tahunan = Borang EA = Borang E ( akan ada perbezaan jika ada bayaran-bayaran yang dibuat ke staff tanpa masuk dalam payslip contoh : Bonus , Duit Raya , Komisen , Elaun-elaun tambah)
Setiap hujung tahun majikan/person incharge ( HR /Akaun ) perlu untuk pastikan semua rekod-rekod ni sama jika tak sama boleh mengundang risikan dari pihak-pihak compliance KWSP/PERKESO/LHDN dan lain-lain jika ada .
Saya nak kongsikan satu kisah mengenai sebuah syarikat mulanya LHDN hantar surat nyatakan ada tunggakan cukai jumlah yang agak besar juga, selepas berurusan dengan pihak LHDN mula- mula LHDN minta borang taksiran dan pengiraan cukai . Kemudian pihak LHDN telah meminta laporan audit, borang E dan lejar . Jika ketiga-tiga laporan ni tak sama jumlahnya kena bersiap sedia menjawab ( kena buat reconciliation ya) . Sekiranya semua tally Alhamdulillah lega rasa, kalau tak sama boleh jadi susah nak tidor … Pemilik Bisnes / Pengarah perlu menjawab dan bertanggungjawab dengan pihak berkuasa.
Kepada bisnes owner / syarikat yang dah laksanakan proses ini (jadual gaji sama dgn duit yang keluar ) tahniah , kepada yang belum mula atau dah mula tapi tidak semak boleh ambil tindakan untuk minta person in charge untuk menyemak semua rekod mengenai pengiraan gaji
Dari Pena Digital
Faridah Hanif Francis