Adakah anda seorang bisnes owner yang sibuk yang menghadapi kesukaran untuk mengendalikan kewangan bisnes anda? Adakah anda pening dan penat dengan memikiran cara untuk menguruskan kewangan bisnes anda

7 Masalah yang sering dihadapi oleh bisnes owner dalam menggunakan sistem akaun atau perakaunan
1) Kurang Pengetahuan Perakaunan: Salah satu masalah utama adalah kurangnya pengetahuan perakaunan. Banyak bisnes owner mahir dalam bidang untuk menjual atau menghasilkan produk atau servis tetapi tidak memiliki latar belakang dalam bidang perakaunan. Ini dapat membuat mereka merasa terkejut , fobia atau teroverwhelm bila dengar konsep-konsep teknikal perakaunan seperti debit , kredit , imbangan duga (trial balance), laporan untung rugi , jurnal , lejar dan merekod transaksi.
2) Kesulitan Memilih Sistem yang Tepat: Ada banyak jenis peringkat dan sistem akaun yang berbeza di pasaran, dan memilih yang tepat biasa menjadi tugas yang sulit. Ada yang pilih sistem akuan yang canggih tapi akhirnya tidak guna sistem terseut . Maka adalah penting untuk mempertimbangkan proses-proses dalam bisnes anda dan memilih sistem akaun yang sesuai dan mampu milik.
3) Kesilapan kemaskini data kewangan: Bisnes Owner biasanya akan mengemaskini rekod kewangan berdasarkan pemahanan mereka tanpa mengasingkan rekod mengikut kategori kewangan yang tepat. Contoh seperti meroked gaji , hutang bank, hutang dari customer , deposit yang diterima dan dibayar akibatnya adalah kedudukan kewangan disalah tafsir dan cukai juga disalah tafsir.
4) Tiada Masa: Bisnes Owner sering sangat sibuk dengan urusan operasi , aktiviti jualan , produksi , admin, pembungkusan, penghatantaran dan aspek lain dari bisnes mereka (Maklumlah CHIEF OF EVERYTHING OFFICER), sehingga sulit untuk menemukan waktu yang cukup untuk mengelola sistem akaun dengan baik.
5) Duit & Masa Implementasi: Implementasi sistem akaun seringkali memerlukan duit dan masa pada peringkat awal. Ini termasuk latihan staf, pembelian sistem akaun , konfigurasi dan biaya terkait lainnya. Pemilik bisnis mungkin merasa terbebani oleh biaya ini, terutama jika bisnes mereka masih dalam tahap pertumbuhan awal.
6) Kesulitan Menggunakan Software Akaun : Beberapa bisnes owner mungkin merasa kesulitan menggunakan software akaun teruatama mereka yang tidak biasa dengan sistem atau masih menggunakan cara manual (old school style – manual). Meskipun banyak software akaun online yang user friendly, tetapi masih ada proses pembelajaran yang diperlukan.
7) Tidak Memahami Laporan Kewangan: Menghasilkan laporan kewangan hanya setengah dari cabaran , tapi jika guna sistem akaun dan setup yang betul untuk menghasilkan laporan kewangan adalah lebih mudah . Memahami laporan ini dan menggunakannya untuk membuat keputusan bisnes yang bijaksana adalah langkah penting yang selanjutnya .
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, bisnes owner dapat mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan dari seorang akuantan atau konsultan kewangan yang berpengalaman. Mereka dapat membantu dalam memilih sistem yang sesuai, memberi latihan, dan menyediakan panduan dalam memahami laporan kewangan. Selain itu, ada banyak sumber-sumber online dan kursus yang dapat membantu bisnes owner meningkatkan pemahaman mereka tentang perakaunan. Dengan sokongan yang tepat, mengadaptasi/implementasi sistem akaun boleh menjadi langkah penting menuju kerarah untuk perkembangan bisnes yang lebih besar.
Contoh Sistem Akaun yang sesuai boleh baca posting ini –
Sistem Akaun
Semoga perkongsian ini akan bantu bisnes owrner untuk urus kewangan bisnes dengan lebih baik