Apa yang perlu buat bila dapat surat notis kompaun PLT ?
Sejak bulan lepas nampak ada yang posting dimedia sosial mengenai notis kompaun Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang dihantar oleh SSM.
Sedikit perkongsian dan pengalaman saya dalam uruskan PLT .
Ambil Tahu
Sebelum nak daftar Enterprise , PLT or Sdn Bhd , Koperasi , Pertubuhan or Kelab tolong ambil tahu :-
- Syarat-syarat penubuhan (Incorp)
- Apakah tugas dan tanggungjawab pemilik , pekongsi , pemegang saham , Company Secretary, Pengarah , Pemegang Amanah , auditor , tax ejen mengikut apa jenis bisnes / syarikat nak incorp
- Pematuhan (compliance) yang perlu patuh
- Tarilkh-tarikh pematuhan
- Bayaran-bayaran yang perlu dibayar
- Penalti yang akan dikenakan jika tidak patuh kepada compliance
- Cara tutup or exit plan sesuatu bisnes / syarikat , perkongsian , pertubuhan , koperasi
Bila dah ambil tahu sila tulis apa tujuan nak buat bisnes . Selepas tahu dan jelas dengan BIG WHY buatlah keputusan yang terbaik.
Berbalik kepada citer pasal PLT, incorp PLT sebab nak buat bisnes dimana kos incorp dan monthly maintenance adalah kurang berbanding Sdn Bhd.
PLT tak perlu buat audit dan tak perlu ada Company Secretary dimana ada penjimatan kos, tapi perlu submit serahsimpan tahunan (Annual Return ) dengan fee RM 200 setahun . Kalau Sendiran Berhad submit Annual Return dan Annual Financial Statement setahun pun Company Secretary charge dekat RM1000++, belum campur kos audit dan company secretary .
Fikir untuk setup sahaja nak tutup tak ambil tahu. Nak incorp memang mudah nak tutup hummmm ada cakap tak tahu , Co Sec tak bagitau , akauntan tak bagitau dan macam- macam alasan.
PLT adalah dibawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 boleh rujuk dilink ini untuk perundangan dan panduan
Pages – Limited-Liability-Partnerships-Act (ssm.com.my)
PENUBUHAN PLT
- Pendaftaran PLT boleh dibuat secara online RM 500
- Tanggungjawab PLT – untuk tahunan perlu kemaskini serahsimpan tahunan (Annual Return) bayaran RM 200 .
Maklumat untuk yang perlu dikemaskini
Jumlah Jualan
Jumlah Aset
Jumlah Liabiliti
Jumlah Untung Rugi
Link Paduan Submit Annual Return
https://www.ssm.com.my/Documents/Manual/ANNUAL-DECLARATION.pdf
- Jika ada maklumat yang perlu dikemaskini seperti perubahan alamat , pekongsi ,
penambahan pekongsi, resignation pekongsi boleh dibuat secara online – bayaran RM30 untuk kemaskini maklumat. - Jika ada maklumat lain seperti agreement ,perkongisan, perjanjian boleh dimuat turun dalam portal MYLLP
Ini yang basic untuk incorp PLT – maklumat lanjut boleh rujuk sini https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Legal_Framework/Limited-Liability-Partnerships-Act.aspx
Jika PLT masih aktif pastikan menyelesaikan serahsimpan tahunan setiap tahun sebelum 30 Mar (90 hari dari tarilh penutupan akaun)
Nota: pastikan setiap tahu siapkan laporan kewangan , buat taksiran cukai di LHDN serta hantar borang E setiap tahun.
Jika decide untuk tutup PLT ni yang ramai mengeluh kata kos mahal , susah , tak tahu tambah-tambah bila dapat surat kompaun macam-macam citer.
PENUTUPAN PLT
Langkah-Langkah yang perlu diambil untuk Penutupan PLT
1- LHDN – Surat Pelepasan Cukai
- Siapkan laporan kewangan untuk agar boleh menyediakan pegurakan cukai untuk buat taksiran cukai tahun terkini
- Pastikan Borang E dan PT telah dihantar untuk tahun terkini
- Buat permohonan Surat Pelepasa Cukai di LHDN – perlu hadir ke cawangan LHDN dan serah dokumen yang diperlukan seperti dibawah
- Borang PT terkini
- Borang E terkini
- Borang CP(7)
- Surat pelepasan cukai (SPC) dari LHDN akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan jika semua dokumen lengkap. Jika tak lengkap ambil masa lebih lama.
2 – Notis kepada semua Pekongsi
- Pegawai pematuhan atau pekongsi perlu hantar surat ke pekongsi dan maklumkan kepada pekongsi Notis penggulungan akan dibuat mengikut Akta PLT sek 50(2)
- Pastikan pekongsi telah terima dan tandatangan akaun terima dan setuju dan pulangkan balik surat yang telah ditandatangan kepada pegawai pematuhan
- Jika pekongsi tidak dapat dihubungi dapatkan alamat terakhir dan hantar surat berdaftar kepada pekongsi dan simpan slip surat berdaftar dan salinan surat yang dihantar
3- Notis penggulungan di surat khabar
- Notis penggulungan perlu disiarkan dalam 2 surat khabar satu English dan satu Bahasa Malaysia
- Beli surat khabar dan ambil penuh keratan surat khabar yang ada tarikh . Scan dan simpan softcopy
4- Dokumen akuan pesuruhjaya
- Surat akuan untuk Penggulangan Akta PLT 2012 Sek 50 (3) perlu diisi
- Dokumen ini perlu buat akuan sumpah pesuruhjaya sumpah
5- Buat permohonan penggulungan
- pastukan tiada tunggakan dan semua Annual return dah submit dan bayaran telah dibuat
- Jika ada kompaun perlu dijelaskan sekali
- Selepas selesai buat permohonan secara online via portal MyLLP dan upload semua item 1 – 4
- Buat bayaran RM100
- Jika semua maklumat lengkap pihak SSM akn proses dalam tempoh 30 hari. Jika tak cukup dokumen akan lambat prosesnya
KOMPAUN PLT
SSM sekarang menghantar notis kompaun ke PLT atas kegagalan submit Annual Return dan jumlah kompaun adalah RM2,000 untuk setahun.
Berikut contoh pengiraan jumlah duit perlu standby untuk jelaskan dengan SSM
Jumlah Tahun Gagal Submit Annual Return | Annual Return RM200 Setahun | Kompoun Gagal Submit Annual Return RM2,000 setahun | Jumlah RM perlu sedia ada |
3 | RM200 x3=RM600 | RM2,000 x3=RM6,000 | RM6,600 |
5 | RM200 x5=RM1,000 | RM2,000 x5=RM10,000 | RM11,000 |
Apa yang perlu buat bila ada kompaun
Soalan dari pegawai SSM yang saya jumpa adalah
“PLT ini nak aktif atau tutup?“
PLT – Aktif
– Submit annual return dan bayar fee RM200 setiap tahun
– Buat permohonan rayuan untuk kompaun
PLT – Tutup
– Buat permohonan rayuan untuk kompaun
– Buat urusan PENUTUPAN PLT langkah 1 – 5
– Jelaskan semua bayaran yang tertunggak
Panduan rayuan dari SSM
Penulisan ini adalah pengalaman yang pernah dilalui untuk menguruskan PLT untuk client . Jika dari awal patut kepada compliance Akta PLT 2012 in shaa allah urusan akan dipermudah.
Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut pengenai urusan penutupan PLT dan kompaun boleh hubungi kami dengan mengisi borang ini
Rujukan
https://www.ssm.com.my/Pages/Register_Business_Company_LLP/LLP/LLP-Document/LLP-GuidelineVoluntaryVersion07012015.pdf
Pena Digital
Faridah Hanif Francis