
Jika pekerja wanita mendapat kelayakan cuti materniti atau cuti bersalin, suami mereka mempunyai hak untuk menuntut cuti paterniti.
Menurut pindaan 60FA dalam Akta Kerja, yang telah disahkan di Dewan Rakyat, pekerja lelaki hanya perlu berkahwin dan memenuhi syarat untuk mendapatkan cuti paterniti selama 7 hari dengan kadar gaji biasa mereka.
Untuk memenuhi syarat ini, pekerja perlu:
- Terhad kepada 5 kali berpantang
- Mempunyai rekod perkhidmatan dengan majikan yang sama selama sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum permulaan cuti
- Memberitahu majikan tentang kehamilan 30 hari sebelum jangkaan berpantang atau secepat mungkin selepas kelahiran.
Cuti ini inisiatif khas untuk pekerja lelaki bagi membantu penjagaan isteri dan anak yang baru dilahirkan. Kerajaan percaya paterniti ini amat penting dalam membantu pengawalan emosi isteri serta menunjukkan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.