Perakaunan (Accounting) vs Bookkeeping

Kebanyakan bisnes owner ada kesukaran untuk memahami perbezaan antara tugas-tugas akauntan dan bookkeeper (Penyimpan Kira-Kira). Peranan pengurusan akaun kewangan adalah untuk capai matlamat yang sama, mereka menyokong pelbagai peringkat proses perakaunan. Sebagai bisnes owner, penting untuk mengetahui perbezaannya.


Dalam penulisan ini kita semak 3 perkara

  1. Persamaan dan perbezaan antara perakaunan (accounting) dan bookkeeping , serta bagaimana tentukan untuk hire yang mana satu
  2. Bila tiba masaa untuk dapat sokongan/nasihat kewangan untuk bisnes anda
  3. Kenapa team perakuanan dan bookkeeping perlu ada cloud solution perakaunan dan cloud bookeeping

Perakaunan dan Bookkeeping ada persamaan dan perbezaan

Perakaunan
(Accounting)
Bookkeeping
(Simpan kira-kira)
Proses menyimpan kewangan untuk syarikat dengan merekod, meringkaskan, menganalisis, berunding dan melaporkan.Tugas perakaunan ini akan dibuat oleh individu yang ada accounting background atau akauntan.Bahagian penyimpanan rekod proses di mana semua rekod kewangan perniagaan, termasuk transaksi harian, direkodkan dan disimpan dalam pangkalan data. Penyimpan kira-kira tidak semestinya memerlukan pengetahunan akaun budak lepas SPM pun boleh buat kerja ini

Berakhirnya tugas bookkeeping maka bermulalah tugas perakaunan

Kerja bookkeeper dan akauntan sering bertindih, kerana simpan kira-kira adalah sebahagian daripada proses perakaunan. Seorang bookkeeper merekod dan mengklasifikasikan urus niaga kewangan harian syarikat (contoh., jualan, senarai gaji, pembayaran bil, dan sebagainya). Tumpuan mereka adalah pada penyimpanan rekod yang tepat dan kurang tertumpu pada mentafsir data dan menganalisa data. Seorang akauntan mentafsir dan membina maklumat yang diberikan oleh bookkeeper Biasanya, akauntan akan:

  • Semak penyata kewangan yang disediakan oleh bookkeeper.
  • Menganalisis dan mentafsir maklumat ini
  • Tukar maklumat (atau rekod) menjadi laporan.
  • Kongsi dan beri nasihat berdasarkan apa yang mereka laporkan.

Rekod yang dilaporkan oleh bookkeeper akan menentukan nasihat akauntan kepada pihak pengurusan atasan syarikat/perniagaan , dan akhirnya kesihatan kewangan syarikat/perniagaan secara keseluruhan. Setiap bahagian proses kewangan adalah sama pentingnya dengan yang seterusnya.

Penjaga buku atau akauntan: Mana yang anda perlukan?

Adalah penting untuk memahami sama ada anda perlu hire bookkeeper atau akauntan. Pilihan ini bergantung terutamanya pada industri dan tahap kepakaran yang diperlukan.

Seorang bookkeeper biasanya:

  • Lebih murah untuk diambil bekerja.
  • Pilihan yang bagus untuk mengendalikan transaksi harian

Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan pandangan dan nasihat tentang cara untuk mengendalikan perngurusan kewangan perniagaan anda dengan lebih baik …anda memerlukan bantuan daripada akauntan.

Berikut ialah beberapa soalan berkaitan industri untuk dipertimbangkan semasa membuat keputusan anda:

  • Seberapa besar inventori anda?
  • Berapa ramai pekerja yang anda ada?
  • Apakah industri anda?

Industri yang bekerja dengan sistem kewangan yang kompleks dan transaksi volum tinggi memerlukan akauntan .

Bookkeeper yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan pengalaman bertahun-tahun adalah—kemungkinan besar—lebih layak untuk mengurus transaksi hari perniagaan anda daripada fresh graduate perakaunan .

Ingat ini semasa menapis calon pekerja ; cuba jangan menilai pemohon berdasarkan pendidikan mereka sahaja.

Pertimbangkan soalan ini semasa menyemak calon:

  • Apakah tahap kepakaran mereka?
  • Adakah mereka mempunyai sijil?
  • Apakah kerja individu tersebut boleh buat?
  • Apakah pengalaman kerja individu tersebut ada?

Tahun 2022 penawaran perkhidmatan perakaunan dan khidmat nasihat kepada syarikat/perniagaan adalah satu kemestian.

Bila perlu dapatakan sokongan kewangan?

Tidak terlalu awal untuk melibatkan akauntan. Bisnes owner , yang outsource kewangan bisnes pada peringkat awal pertumbuhan mereka, jarang menyesal…

Seorang akauntan boleh membantu anda membuat rancangan, akhirnya menjimatkan masa dan wang anda pada masa hadapan dan adanya sokongan bookkeeper anda alan ada masa untuk membolehkan anda menumpukan pada perkara yang penting syarikat / perniagaan anda.

Pilih perkara yang paling masuk akal untuk jenis syarikat / perniagaan anda. Dan hanya pivot jika—atau bila—anda perlu mengambil orang lain.

Cloud solution perakaunan dan cloud bookeeping

Tidak kira apa jua jawatan anda pilih – tugas dan kerja team perkauanan dan bookkeeper MESTI kerja dari cloud. Kenapa? Transformasi ke digital dan juga “cloud’s security”

3 Sebab kenapa perakaunan cloud dan cloud bookkeeping adalah lebih selamat (secure) daripada bekerja tanpa menggunakan cloud system

  1. Cloud sistem boleh memberi access kepada bookkeeper dan akauntan menggunakan ID masing-masing , boleh upload document as attachment . Jika nak bagi ke auditor untuk buat audit juga kita boleh bagi akses (mengikut fungsi akses kepada auditor) .
  2. Maklumat dan laporan kewangan boleh di akses bila-bila masa dan dimana sahaja (janji ada internet ). Nak kemaskini transaksi boleh dibuat secara harian dan boleh dapatkan real time financial information. Month end closing boleh dibuat setiap buat berbanding dari nak baut setahun sekali
  3. Orang ramai membuat kesilapan. Kadangkala ada yang secara tidak sengaja memadam fail atau transaksi syarikat . Jadi sekiranya berlaku kehilangan atau pemadaman secara tidak sengaja, cloud perakaunan sistem kerap buat backup semua data yang disimpan dalam cloud .

Tidak kira Akauntan atau Bookkeeper yang anda pilih – pastikan mereka ada cloud solution

Bekerja menggunakan cloud solution ini melindungi data kewangan yang kritikal dalam syarikat / perniagaan anda dan data juga dapat di akses dengan cepat dan mudah .

Terdapat banyak cloud accounting solution diluar sana .Jika ingin tahu mengenai cloud solution untuk perakaunan dan bookkeeping yang sesuai dengan syarikat dan bisnes akan boleh hubungi kami

    Semoga perkongsian ni dapat membantu syarikat / perniagaan membuat keputusan nak ambil bookkeeper atau akauntan dalam bisnes masing-masing

    Pena digital

    Faridah Hanif Francis

    Leave the first comment