Apa peranan seorang “Head of Accounts & Finance” dalam sebuah organisasi SME
Di dalam satu organisasi salah satu department yang penting adalah “Akaun atau Finance atau Kewangan” posisi tertinggi dalam department ini ada yang diberi nama jawatan Akauntan , CFO (Chief Financial Officer , Manager Accounts &Finance , General Manager Accounts & Finance, Head of Accounts & Finance. Apakah peranan mereka dalam sebuah organisasi?
4 fungsi mereka dalam Department Accounts & Finance
- Sistem Perakaunan (Accounting System)
- Pelaporan dan Pematuhan (Reporting & Compliance)
- Pengurusan Kewangan (Financial Management)
- Perkhidmatan Bendahari (Treasury)
Sebagai seorang usahawan anda boleh rancang dan fikirkan fungsi-fungsi orang yang akan membuat tugas-tugas ini . Biasanya pada usia awal bisnes anda boleh dapatkan nasihat / pendaptan external subject matter expert or consultant / akauntan luar untuk bantu dalam uruskan hal-hal berkaitan dengan akaun dan kewangan bisnes / syarikat anda. Once bisnes nak nak berkembaan satu hari pentingnya perlu ada seorang HEAD OF ACOOUNTS & FINANCE ” dalam organisasi anda

Peranan akauntan di dalam perniagaan
Walaupun saya masih membincangkan berkenaan perakaunan untuk usahawan, mari kita perhatikan peranan akauntan di dalam perniagaan.
Saya kongsikan rajah yang memecahkan fungsi akauntan atau pun jabatan perakaunan kepada 4. Boleh tambah lagi kalau mahu, bergantung kepada model dan kompleksiti perniagaan.
Sistem perakaunan
Untuk membuat laporan-laporan kewangan, maklumat dan data perlu direkodkan dengan sempurna agar laporan yang disediakan berkualiti dan boleh digunakan untuk membuat keputusan. Sistem perakaunan memghubungkan aktiviti perniagaan harian dengan pelaporan kewangan yang diperlukan. Data yang direkodkan bukan terhad kepada data kewangan sahaja malah merangkumi juga data perniagaan lain seperti kuantiti, lokasi, masa dan sebagainya supaya analisa berkesan dapat dilakukan.
Pelaporan dan pematuhan
Ini menjuruskan kepada penyediaan laporan-laporan kewangan seperti penyata pendapatan, penyata kedudukan kewangan, penyata aliran tunai dan nota-nota berkaitan yang dikehendaki oleh undang-undang. Ini lebih kepada melaporkan aktiviti dan laporan masa lampau dan berkaitan dengan kehendak pelbagai pihak luar seperti Suruhanjaya Syarikat dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri. Penyata yang disediakan menjadi asas kepada pengauditan oleh juruaudit luar.
Perakaunan pengurusan
Ini adalah fungsi penting kerana ianya membantu lembaga pengarah dan usahawan untuk menjalankan perniagaan mereka. Di antara aktiviti-aktiviti yang boleh dirangkumkam di sini adalah:
Penyediaan bajet tahunan
Pengiraan kos produk
Penyediaan unjuran prestasi kewangan
Analisa di dalam membuat pelaburan modal
Analisa di dalam memasuki perniagaan baharu
Analisa di dalam menilai syarikat lain yang mahu dibeli
Perkhidmatan bendahari (Treasury services)
Matlamat utama perkhidmatan ini ialah untuk melancarkan aliran tunai perniagaan dan mendapatkan pulangan yang terbaik jika perniagaan mempunyai lebihan tunai. Oleh kerana aliran tunai adalah sama dengan aliran darah di dalam tubuh manusia, peranan akauntan di dalam mempastikan perniagaan sentiasa mempunyai mudah tunai yang cukup adalah amat penting. Ini termasuk memdapatkan pembiayaan dari institusi kewangan dan juga menyelia tempoh kredit dari pembekal.
Penulis asal : (1) Nik Hasyudeen | Facebook