Adalah duit yang dikeluarkan untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Dalam perniagaan duit dibelanjakan untuk buat duit .
Ada 2 jenis kos perniagaan
-
KOS PERMULAAN (PERBELANJAAN MODAL) – Kos untuk mulakan perniagaan seperti beli perabot, peralatan pejabat , cat pejabat . Kos ini hanya akan ada sekali sahaja dalam perniagaan – one off expenses
-
KOS JUALAN DAN BELANJA OPERASI – Kos harian yang dibelanjakan dalam perniagaan seperti upah, gaji, belian stok, bil api air, bil telefon. – on going cost
KOS OPERASI – ADA 2 JENIS
-
KOS TETAP – kos yang TETAP dibayar tanpa mengambil kira barang /perkhidmatan yang dihasilkan. Ianya tidak bergantung kepada pengeluaran
Contohnya : Kos tetap sama walaupun jual 0 atau 1000 aiskrim . Sewa pejabat mesti dibayar setiap bulan tanpa mengira ada ada atau tiada pelanggan yang datang beli produk.
-
KOS BERUBAH – kos yang BERUBAH bergantung kepada jumlah pengeluaran yang dihasilkan. Lebih banyak pengeluaran , kos berubah akan meningkat mengikut jumlah pengeluaran.
Contohnya : Kos untuk 1 batang aiskrim ialah RM0.50 . Jual aiskrim 10 batang, kos aiskrim RM0.50 x 10 batang. Kalau jual aiskrim 1000 batang , kos aiskrim juga RM0.50 x 1000 batang. Kos akan meningkat mingikut jumlah kuantiti yang dijual
JUMLAH KOS = KOS TETAP + KOS BERUBAH
Contoh : KOS BURUH/PEKERJA
Kos pekerja ada 2
1) Kos lansung= berkaitan terus dengan produk
Gaji sebulan/Jumlah hari bekerja sebulan/jumlah jam berkerja sehari
seperti : kalau buat roti , gaji pekerja yang kerja uli tepung sahaja
2) Kos tidak lansung = berkaitan dengan pentadbiran pekerja
seperti gaji pegawai akaun, pegawai sumber manusia, pegawai pentadbiran
(Gaji sebulan/Jumlah hari bekerja sebulan/jumlah jam berkerja sehari ) x berapa bahagian % masa yang disumbangkan untuk hasilkan produk dalam masa satu bulan
Kos pekerja yang no 2 , biasa disebut kos operasi