Perbezaan Zakat Pendapatan dan Zakat Penyimpanan

An-Nur Ayat 56
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Bermaksud: “Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat.” (QS An-Nur: 56).

Jelas petikan ayat al-quran di atas menekankan, pembayaran zakat menjadi tanggung jawab setiap Muslim, termasuk zakat pendapatan dan zakat simpanan. Adalah penting untuk memahami perbezaan di antara keduanya agar dapat memenuhi kewajiban dengan penuh kesedaran, mengelakkan keraguan dan memastikan keadilan dalam jumlah zakat.

1. Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan wajib dikenakan ke atas segala jenis pendapatan yang diperolehi dalam tempoh setahun tertentu.

Terdapat empat (4) kategori harta pendapatan yang perlu dijumlahkan, iaitu:

  1. Pendapatan dari penggajian (termasuk gaji bulanan, elaun, dan bonus)
  2. Hasil kerja bebas atau freelancing
  3. Pendapatan dari Al-Mustaghalat (sewa rumah, kereta, hasil dari aset peribadi)
  4. Pendapatan dari Pemberian (pusaka, takaful, kemenangan hadiah, dan sebagainya)
  • Semua harta ini pada dasarnya WAJIB dikeluarkan zakat TANPA memerlukan HAUL (tidak perlu menunggu setahun sejak dimiliki).
  • Seluruh harta tersebut juga perlu menjalani proses TOLAKAN Had al-Kifayah (mengabaikan diri sendiri, pasangan, anak-anak, dan sebagainya) dalam tahun berkenaan sebelum dikenakan zakat.
 Zakat Pendapatan

2. Zakat Penyimpanan

Zakat Penyimpanan ialah yang dikenakan pada semua jenis simpanan yang dimiliki, sama ada dalam akaun biasa (wadiah), akaun mudharabah, simpanan emas, simpanan di luar negara, simpanan dalam bentuk takaful (nilai tunai tahunan), simpanan dalam tabung ayam, bawah bantal dan segala bentuk simpanan yang ada.

Wang Simpanan ini harus disatukan dengan:

  1. Simpanan Tetap
  2. Simpanan Biasa
  3. Simpanan dalam satu akaun
  4. Simpanan dalam beberapa akaun
  5. Simpanan dalam bentuk pelaburan, seperti ASB, ASN, dan lain-lain

Zakat Penyiimpanan
  • Semua harta di atas wajib dizakatkan jika mencukupi Haul dan Nisab (Harga 85 gram Emas; RM23,035).
  • Bagi Wang Simpanan yang disimpan daripada lebihan pendapatan bulanan yang sudah dizakatkan (Zakat Pendapatan). Ini bermaksud, zakat pendapatan yang telah dikeluarkan perlu ditolak daripada simpanan pada tahun berkenaan untuk mengelakkan pengiraan zakat berganda.
  • Tiada tolakan Had al-Kifayah (diri sendiri, pasangan, anak-anak, dan sebagainya) dikenakan atas Zakat Penyimpanan
  • Zakat Penyimpanan akan dikenakan pada saat Haul tiba, biasanya pada akhir tahun atau bulan Ramadan, dengan merujuk kepada jumlah baki wang simpanan kita.

Zakat lebih mudah dengan Starz Excellence!

Anda boleh rujuk kalkulator oleh Lembaga Zakat di sini:

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Penyimpanan

Masih ragu-ragu dengan pengiraan zakat? Jangan bimbang! Rujuk team konsultansi kami di Starz Excellence!

Leave the first comment