Nota ini telah ditulis @broKam dalam group telegram tazkirah bisnes . Suatu perkara yang perlu di ambil kira dalam perniagaan, PROFIT atau GROWTH
Sekiranya anda diberi pilihan samada untuk fokus pada profit atau growth, agak2 yang mana satu pilihan anda.
– Profit dan growth
– Profit
– Growth
– Selain di atas
Macam soalan objective kan? Mesti ramai yang akan pilih profit & growth. Jawapan yang sebenarnya bergantung kepada keadaan. Lain business lain approach nya. Tapi yang nyata untuk strike a balance between profit and growth ni bukan satu tugas yang senang.
Profit tercapai apabila revenue> cost.
Growth di sini bermaksud, expanding market share. Untuk acquire/expand market share, investment ke arah itu perlu lah ada. Tu part growth, part nak defend market share pun perlu juga ada investment.
Sekiranya anda fokus pada profit, how to grow?
Sekiranya anda fokus apda grow, how to profit?
Macam chicken and egg, kan?
Pada umumnya, kita perlu fokus pada growth. Sebab dari growth la, kita mampu “secure” market share. Bila kita dah secure “portion” of market share maka nak buat profit pun lebih “senang”… especially, bila dan reach “break even” volume.
Tapi, kalau rugi jer.. macam mana company nak survive? Rugi di sini bukan rugi suka2.. rugi di sini disebabkan perbelanjaan yang bakal menjana pendapatan di masa aakan datang.
Contoh mcm Amazon, Uber, Twitter.. kenapa pelabur masih melabur sedangkan tiada profit yang dihasilkan? Kerana pelabur tersebut percaya bahawa company-company tadi ada “purposeful investment”.
Namun begitu, dalam keadaan ekonomi sekarang ini, nak accelerate growth tu pun silalah berhati2. Buat kira2 yang betul2 dan bincangkan betul2 mana arah nak tuju.
Berbalik kepada chart di atas, area yang saya coreng2 tu, kita panggil “valley of death”. Banyak entrepreneur kelemasan bila masuk stage ni. Macam2 sebab, tapi the most famous one, they run out of cash. Maka business burst macam tu.
Ok, meh saya perkenalkan concept burn rate. Concept burn rate in layman’s term, ini adalah kiraan yg mana, “agak2” berapa lama company ini boleh survive kalau rugi mcm ni jer.
Burn rate ni ada dua jenis, burn rate dan gross burn rate.
/////////////////////////////////////
Gross burn rate = Cash available/ Total expenses (cost) for the month
Contohnya: Duit dalam bank kita ada lagi MYR10,000
Bulan ini total perbelanjaan company: MYR1,000
Jadi Gross burn rate = MYR10,000/MYR1,000 = 10
Ini bermaksud, company kita roughly boleh survive lagi 10 bulan.
/////////////////////////////////////
Burn rate (biasa) = Cash available/Net Loss
Contohnya: Duit dalam bank kita ada lagi MYR10,000
Bulan ini total net loss company: MYR500
Jadi burn rate = MYR10,000/MYR500 = 20
Ini bermaksud, company kita roughly boleh survive lagi 20 bulan.
/////////////////////////////////////
Jadi apa beza gross dgn biasa tu… Gross burn rate tu tidak mengambil kira revenue yang kita hasilkan.
Akhir kata, setiap apa yang kita labur, tidak semestinya menjanjikan pulangan. Jadi berhati-hati lerrr uols!
#notakam #profitvsgrowth #burnrate
Kredit to @broKam
*PS : sudah kira buran rate bisnes masing-masing , jom kira