SELAMAT DATANG 2018

Image result for 2018 digital

Nak sharing sekejap posting dari FB

2018.
.
.
Tak pernah ada akaun, Kita buat tahun ni. Tak pernah tahu berapa untung bersih, kita kira tahun ni. Tak pernah submit cukai, kita submit tahun ni. Tak pernah bayar zakat, kita bayar tahun ni.
.
.
Kalau sebelum ni kita buat akaun sebab nak declare cukai, tahun ni kita buat akaun sebab nak monitor performance business kita. Kita nak tahu jualan bulanan berapa. Kita nak tahu untung bulanan berapa. Kita buat akaun nak tahu belanja kita setiap bulan macam mana.
.
.
Kalau sebelum ni kita buat akaun sebab tak nak kena denda, tahun ni kita buat akaun sebab kita orang bisnes mesti tahu angka bisnes kita. Kita belajar baca penyata kewangan. Kita tahu makna makna dalam penyata kewangan.
.
.
Kalau sebelum ni kita buat akaun sebab nak submit ke ssm sahaja, tahun ni kita tukar. Kita guna akaun kita untuk hantar ke bank. Kita buat pinjaman yang bagus untuk bisnes kita. Hutang bukan semua petaka, hutang boleh jadi bagus.
.
.
Kalau sebelum ni kita rasa akaun kita ok, kita tanya orang lain. Ok kah akaun kita? Tanya pada yang arif. Kita tahu nilai bisnes kita dari akaun. Kalau tak ok, kita ok kan. Kasi value bisnes kita cantik di mata investor.
.
.
Apa lagi saya nak cakap untuk tahun baru. Cakap pasal akaun saja lah.
.
.
Tak ada akaun, buat akaun. Ada akaun, fahamkan akaun. Akaun tak cantik, cantikkan akaun.
.
.
2018 bukan tahun kejatuhan. 2018 tahun kebangkitan.
.
.
Selamat datang 2018.
Kredit pada Tuan Redzuan Hassan

Leave the first comment