Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP)

Image result for joblessAPA ITU SIP?

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

1. Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

2. Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

3.Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional

 

FAEDAH SIP

Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya

Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

Elaun Latihan (EL)

Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan

Fi/Yuran Latihan (FL)

MMembiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar

maklumat lanjut sila layari
https://www.perkeso.gov.my/sip/

Leave the first comment