Dalam bidang perakaunan dan kewangan berikut adalah sedikit pembahagian tugas dan tanggungjawab team yang bertugas dalam unit Akaun dan Kewangan sesuatu syarikat atau perniagaan
1) Perakaunan (Accounting) –
Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan dan urus operasi akaun syarikat
Jawatan
a) Penyimpan kira-kira (Bookkeeper)
b) Kerani Accounts Payable (Urus Akaun Pemiutang)
c) Kerani Accounts Receivable (Urus Akaun Penghutang)
d) Pembantu / Pegawai Payroll (Urus Pengiraan Gaji pekerja)
e) Pegawai Akauntan
f) Akauntan Kos
g) Pegawai Analisa sistem kewangan
h) Pembantu / Pegawai Inventori
i) Pengawai Pengawal Kewangan ( Financial Controller)
2) Perancang dan Penganalisa Kewangan (Financial Planning and Analyst)
Bertanggungjawab untuk membuat unjuran/ bajet kewangan , analisa unjuran dengan angka-angka sebenar vs unjuran/bajet dan buat analisa lebih mendalam untuk margin keuntungan/kerugian
Jawatan
a) Pegawai Perancang & Penganalisa Kewangan
b) Pengurus Perancang & Penganalisa Kewangan
c) Pengurus Besar Kewangan
3)Treasury (Perbendarahaan)
Bertanggungjawab dalam mengurus sumber kewangan dalam organisasi , mengawal risiko serta mengurus pelaburan
Jawatan
a) Pegawai Kredit
b) Pegawai Analisa Treasury (Bendahari)
c) Pegawai Analisa Risiko
d) Pegawai analisa Foreign Exchange (Matawang asing)
e) Pengurus Besar Bendahari Korporat (Corporate Treasure)
f) Ketua Pegawai Pematuhan
4) Cukai
Bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan semua urus tadbir syarikat/perniagaan berkaitan akta cukai (compliance) dipatuh, mengurangkan liabiliti cukai dan merancang strategi cukai
Jawatan
a) Pegawai Cukai Pendapatan /Cukai Jualan/Perkhidmatan
b) Pengarah Cukai
c) Pegawai Khas Cukai Antarabangsa
d) Pegawai Khas Cukai Pendapatan dan Cukai Jualan/Perkhidmatan
e) Pengurus Transfer Pricing
5) Kewangan Korporat (Corporate Finance)
Bertanggungjawab mengenalpasti peluang pelaburan dan bantu dalam pelbagai cara untuk mencapai matlamat kewangan syarikat
a) Pegawai Pelaburan Bank
b) Ketua Pengurus Merger & Acquisitions
c) Vice President Capital Market (Pasaran Modal)
d) Penganlisa Penilaian Syarikat/Perniagaan
6) Audit
Bertanggungjawab untuk menilai ketepatan dan kesempurnaan dalam merekod transaksi kewangan , pematuhan dan kawalan akaun-kaun yang berkatian
a) Pengawai Audit Dalaman (Internal Auditor)
b) Pegawai Khas Forensik Akaun
c) Pegawai Audit Luar (External Auditor)
d) Pengurus Audit Informasi Teknologi (IT)
Dan akhir sekali sudah tentu satu lagi tugas yang paling tinggi – segala Datuk dan Nenek antara semuanya
The Chief Financial Officer (CFO)
Saya cuba susun dan tugas dan tanggungjawab mengikut bidang masing-masing , memandangkan tugas Chief Financial Officer merangkumi semua tugas-tugas diatas tetapi masih bergantung kepada industri dan size sesebuah organisasi
Jika ada yang ingin memberi pendapatan adalah dialu-alukan boleh tinggalkan komen anda
Perkongsian dari sumber bacaan, pengalaman kerja dan bisnes dalam bidang akaun dan kewangan
Faridah Hanif Francis
Business Controller