5 KALI SAYA HANTAR SURAT BERHENTI KERJA – MY RESIGNATION LETTER…..

Hand of a businessman hands over a resignation letter on a wooden table to his boss Premium Photo

Sejak saya mula saya bekerja dari tahun 1992 saya telah hantar surat “, I hereby tender my RESIGNATION…. sebanyak 5 kali 

  1. Aug 1992 – Selepas kerja 3 bulan di Talasco Malaysia Insurance Sdn Bhd saya hantar surat perletakan jawatan saya atas sebab manager saya (dia telah berpindah untuk kerja di tempat baru)  offer saya  untuk join dia kerja di satu syarikat yang dia baru join

  2. Dec 1992 – Di American Malaysian Insurance Sdn Bhd ,sekali lagi saya telah menghantar surat resignation sebab telah dapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih berbanding dengan syarikat yang sebelum ini.

  3. Dec 1995 – Selepas 3 tahun saya berkhidmat di Telekom Malaysia Bhd , saya sekali lagi telah menghantar surat Resignation dan telah ditawarkan kenaikan gaji hampir 50% untuk buat kerja yang sama yang saya buat . Alhamdulillah rezeki anak saya yang kedua masa tu

  4. Dec 2011 –  Saya suka kerja yang saya buat , saya suka dengan team yang saya bekerja , tetapi saya telah buat keputusan  ” I hereby tender my RESIGNATION….” ketika saya bekerja di syarikat telekomunikasi yang public listed (Time dotCom Bhd) sebagai seorang Business Controller atas sebab saya keluarga saya , saya ingin mencari kerja yang dekat dengan rumah saya , selepas 16 tahun berulang alik Kajang – KL dan Kajang Shah Alam.

  5. Jul 2014 – Pada tahun 2014 saya telah membuat satu keputusan yang sukar untuk buat…… Iaitu… MY RESIGNATION… saya telah letak jawatan sebagai seorang Penolong Pengurus…di satu syarikat SME Sdn Bhd Bukan satu keputusan yang mudah tetapi saya yakin Allah akan beri yang lebih baik untuk saya.

Selepas saya berhenti pada Jul 2014 saya buat keputusan untuk berniaga . ALHAMDULILLAH Selepas setahun saya WORK FROM HOME, dalam masa ini saya mengenai ramai usahawan-usahawan muda. Saya nie baru nak mula berbisnes, newbie dalam bidang perniagaan need to learn  a lot more.

Berkenalan dengan orang orang yang berjaya dalam bisnes… Kini saya dalam proses untuk belajar menjadi seorang usahawan . Satu perkara yang penting dalam bisnes adalah Pengurusan Kewangan…

Saya telah bekerja dalam bidang kewangan selama 23 tahun, selama saya bekerja banyak pengalaman saya yang telah saya pelajari. Alhamdulillah thank you Allah ….

Sejak saya mula berbisnes, saya berjumpa dengan usahawan-usahawan dalam pelbagai bidang,  soalan yang biasa saya tanya kepada mereka adalah berapa sale dan berapa peratus keuntungan.

Kebanyakan boleh jawap pasal bab sales,  tetapi bila tanya pasal keuntungan agar sukar mendapat jawapan…  Mungkin kerana mereka tidak mahu share atau mereka tak tahu.

Satu pengalaman yang saya pelajari masa saya kerja di satu SME, kalau dari segi bisnes peluang perniagaan untuk maju memang luas,  tetapi disebabkan oleh Pengurusan kewangan yang salah serta salah guna kuasa pengarah syarikat serta tiada kerjasama sesama pengarah maka syarikat tersebut mengalami kerugian.Staff terpaksa resign,  hutang tidak dapat dibayar dan macam-macam berlaku.

Saya doakan agar syarikat tersebut akan bangkit semula dari kegagalan ini.

Satu lagi pengalaman saya semasa saya bekerja disebabkan syarikat korporat… Ada seorang pengarah muda telah berjaya mengubah sebuah syarikat dari syarikat rugi kepada syarikat yang untung….

Pengarah tersebut pernah berkata kepada kami yang bekerja di bahagian kewangan dalam satu mesyuarat .

When I ask for the financial report,  the numbers must be at your finger tips. If I can remember the number you finance guys must remember…  When I ask how much is the sales and profit for this month,  do not look at the report…  You must know your numbers…

Masa tu panas je bilik meeting tu, kena sembur dgn pengarah tu.

Pelbagai pengalaman berharga selama  23 tahun. Sebagai bisnes owner kita perlu tahu bagaimana untuk mengurus kewangan syarikat walaupun tiada background perakaunan.

Alhamdulillah kini sudah 7 tahun saya berniaga dan kini saya adalah Co Founder syarikat Staz Excellence Sdn Bhd bersama partner saya membantu usahawan urus duit bisnes terutama cashflow management , mengenali apakah itu report card kewangan bisnes, memahami kesihatan bisnes  sehingga mereka boleh memahami  untuk declare cukai dan bayar zakat menggunakan digital platform.

Terima kasih Allah dan juga kepada keluarga saya terutama suami , anak-anak , amma (ibu saya) , Daddy , adik beradik yang beri sokongan kepada saya  serta sahabat-sahabat yang saya kenali yang banyak support kami sehingga kini. 

Faridah Hanif
Financial Butler

2 comments

Leave your comment