
- MASA
– Cabaran yang paling besar , tambah-tambah jika anda seorang wanita , perlu ada GOOD Time Management , perlu prioritize kerja yang mana penting dahulu – ada checklist “To do List ” dan perlu susun ikut urgency , paling penting adalah bahagikan masa untuk bisnes dan masa untuk peribadi dan keluarga. - DUIT
– Apa-apa bisnes yang kita nak buat mesti kena ada duit – MODAL . Duit yang dilaburkan dalam bisnes ini tidak menjamin bisnes akan berjaya dalam tempoh masa yang pendek. Jadi apa yang perlu buat adalah buat sedikit pengiraan / perancangan berapa duit yang perlu ada untuk mulakan operasi bisnes .Senaraikan apa yang perlu contoh
– Product
– Packing
– Marketing
– Delivery caj
– Telephone/Internet
– Upah pekerja
– etc… etc… etc… - KESABARAN
– Sabar itu separuh dari iman…. Berniaga nie perlu kesabaran tinggi juga … Kos itu pasti , untung itu adalah ganjaran/reward. perlu ingat ya.
– bila buat bisnes tak semestinya buat bisnes hari ini esok untung …. no, no, no , buat bulan ni bulan depan dah untung … yg nie takut jadi scammer ke pulak
– belajar dari kesilapan – biasanya bila nak mula buat bisnes main redah je , langgar dinding , dan akan ada sesilapan yang akan berlaku , perlu kenalpasti mana silapnya dan improve yang mana perlu.
– Sebagai bisnes owner kita perlu bahagiakan 7 golongan orang / insan yang terlibat dalam bisnes kita . Salah satu golongan ini adalah customer … Bisnes owner sering berhadapan dengan macam-macam kerenah customer , bisnes owner lambat reply , blue tick sahaja, barang sampai lambat , barang sampai kemek dan macam-macam lagi . Customer journey penting dan bisnes owner perlu sabar dengan kerenah ini untuk bahagiakan seorang customer. - RESEARCH
Buat research dan idea bisnes – perlu ambil kira beberapa checklist dibawah ni
– nak selesaikan masalah siapa
– nak jual apa produk/service
– nak jual kepada siapa
– kenalpasti customer segment
– nak jual dekat platform mana , online offline , kena ada website , e commerce atau kedai , media sosial FB , IG , tiktok– perlu daftar bisnes/ ada lesen
– bagaimana nak dapatkan produk buat sendiri (makan) atau jadi stokist , dealer , agen ,dropship
– bagaimana customer nak beli dan terima nak terima barang yg dijual
– bagaimana anda nak dapatakan dana utk mulakan bisnes anda
– berapa jumlah keseluruhan modal yang diperlukan untuk mula bisnes
– apa specialnya produk/service anda berbanding dengan bisnes lain
– siapa pesaing bisnes anda - PERANCANGAN BISNES (BUSINESS PLAN ) YANG BASIC
Duit Modal berapa yang perlu senaraikan dan bahagi kepada 2 bahagian
1- Senarai Aset yang perlu ada dalam bisnes ( Handphone , Laptop, Perabot dan Lengkapan, Mesin) . Beli aset yang perlu dahulu
2 – Kos Jualan – kos produk atau service , beli dari supplier atau ada produk sendiri masukkan semua kos yang mesti ada untuk siapkan produk/service.
Belanja operasi – yang dibahagi kepada belanja gaji dan belanja bukan gaji ( Marketing , Admin, Logistic)
dah ada semua item-item di atas consolidate angka-angka tersebut dan kemaskini dalam Rancangan Kewangan Bisnes (Financial Business Plan) Cashflow dan Untung Rugi …. ini yang basic dulu guna excel pun boleh .
Nak mulakan dan menjalankan sesuatu bisnes boleh beri banyak kepuasan – satisfaction tapi ianya bukan untuk semua orang . Bisnes perlu pengorbanan time dan duit yang banyak dan ramai yang tidak memahami banyak usaha yang diperlukan untuk mewujudkan dan kekal sebagai “a winning business”
A Winning Business akan membawa kepada satu bisnes yang menggembirakan dan menguntungkan jika emulakan satu bisnes dengan niat yang betul untuk bahagiakan 7 golongan dalam bisnes.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang membaca
Pena Digital
Faridah Hanif
Financial Butler to Business Owner